Showing posts with label toksin. Show all posts
Showing posts with label toksin. Show all posts

Saturday, 28 February 2015

Memahami erti bekam

SEORANG ahli bekam dari California, Amerika Syarikat, Dr. Michael Reed Gach dalam bukunya, Potent Poins: a Guide to Self Care For Common Ailments, terpaksa akur dengan kehebatan rawatan perubatan bekam yang menjadi penawar kepada pelbagai penyakit. Lantas beliau menyarankan agar ia diterapkan di dalam kehidupan seharian masyarakat di Barat, setelah melakukan pelbagai kajian saintifik mengenai bekam dan terbukti keajaiban rawatan ini yang tiada tolok bandingannya. 

Begitu juga dengan penelitian oleh Kohler D (1990) sehingga diterbitkannya buku yang berjudul, The Connective Tissue as The Physical Medium for Conduction of Healing Energy in Cupping Therapeutic Methode.

Thursday, 12 February 2015

Apa itu bekam.

Kehidupan seharian menyebabkan diri kita terdedah dengan risiko terkena pelbagai jangkitan penyakit. Pemakanan kita juga diantara penyumbang pelbagai penyakit. Makanan yang kita makan hari-hari menyebabkan pengumpulan toksin di dalam badan. Toksin berlebihan akan membahayakan kesihatan.

Bagaimanakah caranya untuk menyingkirkan toksin didalam badan?

Bersenam setiap hari dapat mengeluarkan toksin atau perkumuhan dari badan. Persoalannya adakah anda bersenam setiap hari, atau seminggu 1 sekali atau sebulan sekali? Bilakah kali terakhir anda berjogging?