Thursday 12 February 2015

Apa itu bekam.

Kehidupan seharian menyebabkan diri kita terdedah dengan risiko terkena pelbagai jangkitan penyakit. Pemakanan kita juga diantara penyumbang pelbagai penyakit. Makanan yang kita makan hari-hari menyebabkan pengumpulan toksin di dalam badan. Toksin berlebihan akan membahayakan kesihatan.

Bagaimanakah caranya untuk menyingkirkan toksin didalam badan?

Bersenam setiap hari dapat mengeluarkan toksin atau perkumuhan dari badan. Persoalannya adakah anda bersenam setiap hari, atau seminggu 1 sekali atau sebulan sekali? Bilakah kali terakhir anda berjogging? 

Adakah anda berkerja didalam pejabat berhawa dingin? Berapa jam anda habiskan masa didalam bilik berhawa dingin? Adakah anda berpeluh? Balik rumah sebelum tidur anda pasti pasang penghawa dingin. Berapa jam lagi dirumah anda berada didalam bilik berhawa dingin? Persoalannya badan kita kurang mengeluarkan peluh dan kita pasti terasa lesu. Tambahan beban kerja membuatkan anda berasa stress tak bermaya.

Adakah anda pasti esok atau lusa atau kemudian hari anda tidak akan mendapat apa-apa penyakit? Bagaimana anda dapat berusaha untuk mengelakkan pelbagai penyakit dari menghinggapi diri anda?

 Bagaimana pula sekiranya anda telah mempunyai penyakit? Apakah rawatan alternatif anda selain mengambil ubat konvensional di klinik atau di hospital. Setelah sembuh penyakit anda sekarang ini mungkin penyakit lain pula akan timbul kesan dari pengambilan ubat-ubatan sebelum ini.

Bagaimana pula dengan pemakanan anda seharian? Adakah anda pasti setiap suap makanan kedalam mulut anda bebas dari bahan kimia? Seperti yang anda ketahui hampir 90 peratus sumber makanan kita pada hari ini mengandungi bahan kimia yang
agak berbahaya. Sayuran dan buahan disembur dengan racun perosak. Ikan disembur dengan larutan formaldehid untuk mengekalkan kesegarannya. Ayam dicucuk dengan sejenis bahan kimia untuk menggalakkan tumbesaran dengan cepat. Apa akan terjadi kepada anda setelah memakan kesemua bahan makanan tersebut?

Berbekam darah adalah rawatan yang dapat menyegarkan tubuh badan kita dari stress dan kelesuan. Digalakkan kita berbekam seminggu sekali sekiranya kita berasa strees dan kelesuan. Berbekam juga dapat mengeluarkan darah kotor atau toksin yang terhasil dari permakanan kita seharian yang mungkin tidak dapat dikeluarkan melalui sistem perkumuhan. 

Untuk itu, berbekamlah.


No comments:

Post a Comment