Kehidupan seharian menyebabkan diri kita terdedah dengan
risiko terkena pelbagai jangkitan penyakit. Pemakanan kita juga diantara
penyumbang pelbagai penyakit. Makanan yang kita makan hari-hari menyebabkan
pengumpulan toksin di dalam badan. Toksin berlebihan akan membahayakan
kesihatan.
Bagaimanakah caranya untuk menyingkirkan toksin didalam
badan?
Bersenam setiap hari dapat mengeluarkan toksin atau
perkumuhan dari badan. Persoalannya adakah anda bersenam setiap hari, atau
seminggu 1 sekali atau sebulan sekali? Bilakah kali terakhir anda berjogging?
Adakah anda pasti esok atau lusa atau kemudian hari anda
tidak akan mendapat apa-apa penyakit? Bagaimana anda dapat berusaha untuk
mengelakkan pelbagai penyakit dari menghinggapi diri anda?
Bagaimana pula sekiranya anda telah mempunyai
penyakit? Apakah rawatan alternatif anda selain mengambil ubat konvensional di
klinik atau di hospital. Setelah sembuh penyakit anda sekarang ini mungkin
penyakit lain pula akan timbul kesan dari pengambilan ubat-ubatan sebelum ini.
Bagaimana pula dengan pemakanan anda seharian? Adakah anda
pasti setiap suap makanan kedalam mulut anda bebas dari bahan kimia? Seperti
yang anda ketahui hampir 90 peratus sumber makanan kita pada hari ini
mengandungi bahan kimia yang
agak berbahaya. Sayuran dan buahan disembur dengan
racun perosak. Ikan disembur dengan larutan formaldehid untuk mengekalkan
kesegarannya. Ayam dicucuk dengan sejenis bahan kimia untuk menggalakkan
tumbesaran dengan cepat. Apa akan terjadi kepada anda setelah memakan kesemua
bahan makanan tersebut?
Berbekam darah adalah rawatan yang dapat menyegarkan tubuh
badan kita dari stress dan kelesuan. Digalakkan kita berbekam seminggu sekali
sekiranya kita berasa strees dan kelesuan. Berbekam juga dapat mengeluarkan
darah kotor atau toksin yang terhasil dari permakanan kita seharian yang
mungkin tidak dapat dikeluarkan melalui sistem perkumuhan.
Untuk itu, berbekamlah.
No comments:
Post a Comment