Showing posts with label jin dan syihir. Show all posts
Showing posts with label jin dan syihir. Show all posts

Friday, 5 June 2015

Memahami Makna Perubatan Islam

Pengubatan Arab Jahiliyyah 

Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab jahiliyyah bukan sahaja mempunyai masalah tauhid dan masalah keharmonian kemasyarakatan, malah mereka juga mempunyai pengetahuan perubatan yang tidak tersusun, jahil serta bercanggah dengan nilai perubatan yang sebenar. 

Pelbagai cara perubatan mereka yang bukan sahaja bertentangan dengan akal malah mengandungi unsur-unsur khurafat dan syirik. 

Antara contohnya; 
  1. Merawat pesakit yang dipatuk ular atau disengat kalajengking adalah dengan mengalungkan perhiasan emas di lehernya. 
  2. Apabila anak mendapat bisul maka ditudungkan kepala dengan penapis lalu mengelilingi rumah-rumah kaum mereka untuk mengumpulkan roti dan kurma yang kemudiannya diberikan kepada anjing untuk dimakan supaya anaknya sembuh.

Monday, 1 June 2015

Apa itu rawatan Islam?

Apabila disebut rawatan Islam, ramai yang keliru perincian sebenar dua perkataan ini. Adakah istilah rawatan Islam hanya merujuk falsafah dan kaedah rawatan penyakit yang diamalkan oleh RasuluLlah saw? Atau adakah ia termasuk juga apa-apa kaedah rawatan lain selagi tidak ditegah oleh syari’at Islam?

Perbezaan definisi ini menyebabkan banyak polemik dan perselisihan pendapat. Ada segolongan menuding jari pada pihak yang lain dengan alasan rawatan mereka tidak sunnah. Pihak yang dituduh pula pastinya melenting apabila kaedah mereka dipersoalkan secara sebegitu. Dalam pada itu, ada pula pihak yang mengadaptasi kaedah-kaedah yang berasal dari rawatan China atau India purba, reiki, atau metafizik lalu dihiasi dengan salawat dan ayat-ayat suci tertentu dan diberi label unik yang lebih Islamik. Adakah ini juga dapat digolongkan dalam rawatan Islam?