Friday 13 March 2015

Bell's Palsy atau Lumpuh Wajah

Sumber: internet
Merawat masalah Bell's Palsy atau lumpuh wajah sebelah dengan rawatan akupunktur

Bell's palsy merupakan masalah lumpuh wajah sebelah di mana saraf yang mengawal pergerakan dan deria di wajah tidak berfungsi dengan normal. Lebih mudah dikatakan saraf dan otot muka sudah lumpuh dan pesakit tidak dapat mengawal apa yang berlaku di kawasan muka. 

Simptom-simptom yang menunjukkan bell's palsy atau lumpuh wajah sebelah adalah seperti: 
  • dahi tidak berkedut
  • kelopak mata jatuh
  • mata kering atau air mata berlebihan
  • otot pipi jatuh, bergerak dengan sendiri atau lemah
  • hujung mulut jatuh
  • mulut kering 
  • deria rasa di lidah berkurangan.


Saraf muka atau facial nerve merupakan sebahagian daripada sistem saraf yang dikenali sebagai saraf kranial atau cranial nerve. Cranial nerve adalah sistem saraf yang muncul terus daripada otak, berbeza dengan spinal nerve atau saraf tunjang yang muncul daripada tulang belakang.
Sumber: Internet
Fungsi utama saraf muka adalah merangsang pergerakan otot muka yang memberikan riak muka atau ekspersi muka seperti senyum, sedih, gembira, terkejut dan sebagainya. Selain daripada itu, saraf muka berfungsi mengawal deria rasa lidah daripada dua pertiga bahagian lidah dalam dan rongga mulut. Ini bermakna jika saraf ini lumpuh maka kebarangkalian simptom-simptom bell's palsy adalah tinggi.


Rawatan akupunktur

Akupunktur dapat merangsang dan mengaktifkan kembali saraf muka dalam merawat masalah bell's palsy atau lumpuh wajah sebelah. Jarum akupunktur dicucuk di titik-titik di wajah yang dikenalpasti dapat mengembalikan rangsangan bagi pergerakan otot dan saraf muka.


Titik-titik yang digunakan adalah titik meridian perut, titik istimewa di rahang, Yintang dan Yuyao, titik meridian hati, meridian ren dan meridian Du. Selepas rawatan akupunktur pesakit di atas berasa lega dan dinasihatkan untuk meneruskan rawatan sehingga sembuh sepenuhnya. Insya Allah saraf muka akan kembali pulih sediakala.



Sumber dari sini dengan sedikit suntingan  

1 comment:

  1. Acupuncture treatment is a kind of special treatment. It achievers treatment through the study of the characteristics on the human body or conditional model. The effect is very mysterious. I have not tried, and do not know his benefits.

    ReplyDelete