Showing posts with label titik akupuntur. Show all posts
Showing posts with label titik akupuntur. Show all posts

Wednesday, 3 June 2015

Akupuntur Alternatif Perubatan

Kaedah perubatan cina secara akupuntur mula dipraktikkan di China sejak 5000 tahun lalu. Pada masa dahulu ketulan-ketulan batu digunakan dan bukannya jarum seperti yang digunakan sekarang. Alternatif lain bagi rawatan akupuntur selain daripada menggunakan kaedah jarum adalah dengan kaedah memicit dan kaedah perubatan secara pembakaran.


Kaedah memicit dapat memudahkan pesakit melakukan rawatan sendiri dengan cara memicit di bahagian-bahagian tertentu pada anggota badan menggunakan hujung jari. Untuk itu pesakit perlu mengetahui titik-titik akupuntur yang terdapat pada tubuh badan mereka. Terdapat meridian serta formula tertentu dalam badan seseorang. Titik meridian bagi kaum lelaki dan kaum perempuan adalah berlainan. Kaum lelaki mempunyai kuasa ying iaitu positif, manakala kaum perempuan mempunyai kuasa yang iaitu negatif. Oleh itu tempat dan hari untuk mencucuk jarum adalah berbeza.